• Taqwim Hijri

  • Mutiara Ilmu

    1.‘Buku itu akan diam bila engkau menyuruhnya diam. Dia tidak akan mengganggumu jika engkau sedang bekerja. Tetapi apabila engkau diulik kesepian, dialah teman yang menjadi temanmu paling baik’. Al-Jahiz
  • Sinar Ramadhan

    Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"
    (Surah alBaqarah: ayat 183)

    Firman Allah SWT yang bermaksud: "Inilah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah"
    (Surah al Baqarah: ayat 185)

  • Lihat Kebijaksanaan Allah

    Kebesaran Allah

    Kekuasaan Allah

Gurukah Aku

Ruangan ini dikhususkan kepada semua guru untuk mengemukakan idea dan pendapat, sebarang makluman aktiviti yang dijalankan di sekolah serta bahan-bahan P&P untuk perkongsian bersama.

Artikel Pilihan:

1.Pencinta Ilmu Mesti Jadikan Buku Teman Setia

2.Pembelajaran Berasaskan WebTv

Guru Sebagai Pembentuk Nilai

Nilai adalah kriteria yang digunakan bagi mengukur ataupun mempertimbangkan harga ataupun pengakuan tentang mutu se­suatu benda. Di bawah konteks manusia, nilai membawa maksud kebolehan dan kebaikan seseorang. Maka, nilai-nilai diri me­rangkumi unsur-unsur pertimbangan individu seperti kebolehan, kebaikan, pengetahuan, potensi, bakat, kepercayaan, kecekapan, sikap, emosi, jasmani dan tingkah lakunya.

Dalam konteks pendidikan, konsep nilai berkaitan dengan moral dan prinsip ataupun kelakuan orang, khasnya pelajar­-pelajar di sekolah. Nilai ini adalah kriteria bagi guru mengukur moral, prinsip ataupun kelakuan pelajar sarna ada baik, wajar, di­ingini ataupun buruk, tidak wajar dan dibenci.

Nilai moral yang baik, wajar dan diingini dapat dibentuk dengan berbagai-bagai cara, iaitu melalui contoh teladan, norma, adat resam dan kepercayaan masyarakat, peraturan dan undang-undang, hukuman dan ganjaran serta pendidikan. Di dalam ­sekolah, pelajar-pelajar dididik supaya membentuk akhlak yang mulia dan menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai mulia dan menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang diingini.

Nilai-nilai individu biasanya dibina berdasarkan pengalaman yang dialaminya dari semasa ke semasa. Oleh itu, nilai-nilai diri sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Biasanya, nilai-nilai dewasa adalah lebih kompleks dan berharga daripada nilai-nilai kanak -kanak.

Guru adalah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia dilatih bagi menguasai kemahiran mengajar dan dibertugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru se­bagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan bagi menyampai­kan ilmu yang berguna dalam bidangnya. J. M Coopes (1988 berpendapat guru yang berkesan adalah guru yang memperoleh ilmu pengetahuan khususnya kemahiran mengajar seperti:

1.       Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia.

2.       Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pem­belajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.

3.       Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar.

4.       Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang mewujud-

kan aktiviti pembelajaran dalam kalangan pelajar mereka.

Sebagai pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya bagi mendidik generasi yang menjadi dewasa kelak. Perubahan pe­rancangan hari ini perlu diiringi dengan perubahan strategi peng­ajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini perlu sentiasa berusaha melengkapkan diri dari semasa ke semasa.

Sekolah sebagai institusi masyarakat perlu’mementingkan per­kembangan dan perubahan tingkah laku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru, persekolahan yang berorganisasi perlu me­mainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan     

 

    kebudayaan yang dianggap baik, misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral.

Oleh itu, guru di sekolah perlu memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembang­an semasa dan kemajuan. lni bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar serta membawa perubahan semasa.

Pada masa kini, masyarakat Malaysia adalah masyarakat per­industrian yang maju dalam teknologi dan mengalami perubah­an sosial yang pesat. Oleh itu, guru di sekolah juga perlu me­mainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang bagi mencapai kemajuan. lni bermakna, pendidik­an di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar mengikut arus pem­baharuan semasa.

lni selaras dengan wawasan negara, yang mementingkan ke­majuan teknologi maklumat supaya konsep pendidikan negara bercorak ke arah bercirikan teknologi secara saintifik. Dalam kata lain, tanggungjawab guru ini menjadi semakin berat dan kompleks kerana rakyat masa depan yang mahu dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dari segi pemikiran dengan nilai teknologi tinggi semata-mata, tetapi perlu diseimbangkan dengan nilai moral dan etika yang murni.

Persoalannya sekarang, mampukah guru mengimbangkan teknologi maklumat, moral dan etika pada pelajar? Apabila di­teliti, sukar bagi kita mengimbangi faktor-faktor ini. Selaras dengan kemajuan teknologi kini masalah keruntuhan moral pelajar semakin menjadi-jadi. Baru-baru ini di dalam akhbar tempatan turut menyuarakan pendapat dan rungutan ibu bapa mengenai masalah anak dan komputer.

Penerapan nilai murni dan ketahanan jiwa pelajar perlu di­semai oleh guru sebagai pendidik di sekolah di samping ibu bapa di rumah. Sekiranya ia tercicir dari landasan bagi mencapai hasrat ini maka timbul masalah di kalangan pelajar seperti wujudnya pelbagai masalah yang menjurus ke arah keruntuhan akhlak remaja masa kini.

Sehubungan dengan itu, guru perlu berpaling kepada tugas-tugas yang lebih mencabar dan menguji kewibawaan guru di samping tugas utamanya sebagai penyampai ilmu pengetahuan. Justeru, pengetahuan ilmu teknologi maklumat ini penting bagi generasi muda sebagai wadah mencapai kemajuan di masa hadapan. Tetapi pengetahuan ilmu ini perlu ditapis dan diberi secara berperingkat.

Misalnya, bagi pelajar sekolah rendah pengetahuan mengenai Internet tidak perlu lagi bagi menggelakkan mereka daripada meneroka jauh dalam bidang ini ke arah yang tidak sihat. NamunJ pengetahuan secara teori perlu diberikan supaya mereka tidak ketinggalan. Apabila pelajar ini melangkah ke sekolah menengah pengetahuan teknologi maklumat ini perlu diberi pendedahan secara keseluruhan kerana pada peringkat umur ini mereka sudah mampu berfikir bagi menentukan yang baik dan yang buruk.

Walaupun pendedahan ini perlu, ibu bapa perlu sentiasa mengawasi tingkah laku pelajar di rumah. Di sekolah, masalah ini mungkin sukar terjadi kerana ia dikawal sepenuhnya oleh guru. Masalah ini biasanya berlaku di rumah ketika bersendirian ataupun bersama rakan sebaya.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: