• Taqwim Hijri

  • Mutiara Ilmu

    1.‘Buku itu akan diam bila engkau menyuruhnya diam. Dia tidak akan mengganggumu jika engkau sedang bekerja. Tetapi apabila engkau diulik kesepian, dialah teman yang menjadi temanmu paling baik’. Al-Jahiz
  • Sinar Ramadhan

    Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"
    (Surah alBaqarah: ayat 183)

    Firman Allah SWT yang bermaksud: "Inilah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah"
    (Surah al Baqarah: ayat 185)

  • Lihat Kebijaksanaan Allah

    Kebesaran Allah

    Kekuasaan Allah

Kronologi

5 November 2009 (Khamis)– Satu program baru telah diadakan pada hari ini iaitu Program Scholastic Reader 2009 – 30 minutes reading program-TheWhole Malaysia bertempat di Dewan Mutiara Budi. Semua pelajar tingkatan 1 , 2 dan 4 berkumpul di dewan bermula jam 7.40 pagi untuk  membentuk beberapa kumpulan bacaan buku. Aktiviti bacaan beramai-ramai ini adalah kerjasama daripada Unit Nilam dan  telah dirakamkan oleh Guru Perpustakaan dan Media Sekolah.

24 Oktober 2009 (Sabtu)– Buat julung-julung kalinya, Majlis Graduasi pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Mutiara Budi. Majlis ini dirasmikan oleh En. Razali Daud, Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu.

15 Oktober 2009(Khamis)- Satu kejadian yang agak mengejutkan telah berlaku di Surau Hidayah apabila didapati air membanjiri ke dalam   surau setinggi 15sm.Kejadian ini telah disedari oleh guru dan pelajar yang ingin menggunakan surau tersebut pada jam 8.00 pagi untuk majlis solat Dhuha dan bacaan Yasin sempena program Pasca PMR. Setelah disiasat didapati bahawa salah satu paip lama telah tercabut penutupnya menyebabkan berlaku limpahan air ke dalam surau pada waktu  malam. Walau bagaimanapun  kerja-kerja pembersihan telah dilakukan oleh pekerja-pekerja sekolah dan pelajar telah dapat menggunakan kembali surau  untuk solat zohor pada jam 1.30 petang.

1510200915102009(001)15102009(002)

*kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan oleh pekerja sekolah

6 Oktober 2009(Selasa)- Majlis Restu Guru bagi pelajar yang menduduki PMR pada 7 Okt. ini telah dijalankan di Surau Hidayah pada jam 8.30 pagi. Majlis dimulakan dengan Solat Hajat, bacaan Yassin dan Tazkirah seterusnya diikuti dengan amanat terakhir daripada Pengetua, Ketua Panitia matapelajaran masing-masing. Majlis diakhiri dengan bacaan selawat dan bermaaf-maafan antara pelajar PMR dengan guru-guru yang mengajar tingkatan 3.

4 Oktober 2009(Ahad)- Majlis Bacaan Yasin yang pertama kali diadakan di Dewan Mutiara Budi pada hari perhimpunan mingguan. Majlis bacaan Yasin ini diketuai oleh Ust. Md. Lddin Hasan. Program ini dilaksanakan menggantikan majlis perhimpunan mingguan yang biasa diadakan. Majlis dimulakan dengan pengumuman daripada Penolong Kanan HEM, En. Nasir Ibrahim dan diikuti bacaan yasin selama 20 minit secara beramai-ramai.

1 September 2009 (Selasa)- Peperiksaan Percubaan PMR, SPM dan STPM bermula pada hari ini. Ramai pelajar berkunjung ke Perpustakaan Nilam untuk meminjam buku. Pengawas Perpustakaan terpaksa berkhidmat lebih masa untuk melayan pinjaman buku daripada pelajar-pelajar .

17 Ogos 2009 (Isnin) –Satu pengumuman penting telah diisytiharkan mengenai penularan wabak H1N1 daripada Pusat Kesihatan Marang pada jam 4.30 petang. Seramai 18 orang pelajar SMKTLS telah disahkan positif H1N1 setelah beberapa orang pegawai Kesihatan Marang memeriksa sekumpulan pelajar yang mengalami demam di Dataran Ilmu pada 16 Ogos 2009. Berikutan itu pihak sekolah diarahkan supaya bercuti bermula 18 Ogos 2009(Selasa) bersambung sehingga cuti penggal kedua persekolahan yang akan berakhir pada 29 Ogos 2009. Sesi persekolahan seterusnya akan mula dibuka pada 30 Ogos 2009(Ahad).

12 Ogos 2009 (Rabu) – Jamuan makan tengahari sempena hari lahir kumpulan ke 2 Kelab Keluarga SMKTLS serta sumbangan beberapa pihak yang lain telah diadakan di Dewan Mutiara Budi.

11 Ogos 2009 (Selasa) – Satu ceramah kesihatan mengenai H1N1serta langkah-langkah pencegahan telah diadakan di Dewan Mutiara Budi, SMKTLS. Semua pelajar dan guru telah mendengar taklimat  mengenai wabak Selsema babi yang sedang melanda di seluruh dunia. Sehingga kini seramai 6 orang telah disahkan positif di daerah Marang dan seramai 32 orang telah maut di seluruh negara.

23 Julai 2009(Khamis) – Taklimat Kemahiran Maklumat telah diadakan di Makmal Komputer, SMKTLS oleh Ketua Pustakawan, Tn. Hj. Ghazali Mat Jamil daripada Universiti Darul Iman (UDM). Taklimat ini disampaikan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 Bestari dan 5 Cekal yang bakal menempuh  alam menara gading.

Picture 007Picture 008Picture 009

16 – 17 Julai 2009 – Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP) kali ke 3 & 4 telah diadakan di Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir. Antara penceramah ialah En. Abdul Rahman Mahmud daripada IPG Batu Rakit telah menyampaikan tajuk “Pengajaran Berkesan” dan Tn. Hj. Mohammad Embong, KPP Sektor Jaminan Kualiti, JPNT bertajuk “Tanggungjawab Penjawat Awam ”

14 Julai 2009(Selasa)Kursus Sehari Kemahiran Maklumat Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan di Dewan Teater Perpustakaan Awam Negeri Terengganu(PANT). Pelajar telah didedahkan mengenai Pengurusan Perpustakaan, Pengurusan Teknikal seperti Perolehan Bahan, mengkatalog dan proses teknik bahan. Pelajar juga didedahkan tentang Pengurusan Perkh. Perpustakaan seperti sirkulasi, OPAC, Rujukan dan Koleksi Tempatan. Kursus ditamatkan jam 4 petang setelah penyampaian sijil oleh Ketua Pengarah PANT.

Picture 001Picture 002Picture 003

Peserta Kursus sedang khusuk mendengar ceramah

daripada Pegawai PANT

29 Jun 2009 (Isnin)- 2 orang Pegawai daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dan Pusat Kegiatan Guru Terengganu telah hadir ke sekolah untuk mengadakan penggambaran penerbitan Video Korporat yang baru. Penggambaran video tersebut dilakukan di dalam Perpustakaan Nilam iaitu di sudut kaunter pinjaman, sudut internet, sudut Nilam dan Bilik WebTv. Penggambaran juga dijalankan di Pusat Akses Sekolah dan Makmal Komputer.

4 Mei 2009 (Isnin) – Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan untuk Anugerah Lompatan Saujana (ALS) bermula pada hari ini. Pusat Sumber juga tidak ketinggalan, salah seorang Nazir melawat  dan memberikan komen-komen yang membina. Antara aspek PSS yang disoal ialah sistem fail, minit mesyuarat, rekod pinjaman guru dan aktiviti yang telah dilaksanakan.

2 Mei 2009(Sabtu) – Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali ke 2 di Dewan Mutiara Budi bertajuk “Strategi Pemulihan dan Masalah Pembelajaran”. Sesi 1 disampaikan oleh En. Wan Zulkifli Wan Ahmad dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Marang bertajuk “Penagihan Dadah di kalangan Pelajar Sekolah- cabaran masa kini”

18 April 2009(Sabtu) – Majlis Anugerah Cemerlang 2009 dan Mesyuarat Agung PIBG ke 26 telah diadakan di Dewan Mutiara Budi.

 15 April 2009(Rabu) – Pegawai JPNT telah melawat sekolah untuk penilaian Calon Sekolah Cemerlang Terengganu. Pegawai-pegawai tersebut telah melawat ke Perpustakaan Nilam dan melihat suasana di Perpustakaan.

14 April 2009 (Selasa) – Program Gerak Gempur Rakan Pembaca diadakan di Dewan Mutiara Budi. Seramai 162 orang pelajar yang telah mencapai Tahap Rakan Pembaca telah menjalankan aktiviti  seperti bicara buku, bercerita, baca bersama dalam kumpulan masing-masing. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan seramai 3 orang sekumpulan dan diketuai oleh seorang guru. Di akhir aktiviti, pelajar akan mendapat markah dan disahkan oleh guru pembimbing masing-masing.

13 April 2009(Isnin) – Perpustakaan diserbu oleh pelajar-pelajar Tahap Rakan Pembaca dalam Program Nilam. Seramai 180 orang pelajar Tahap Rakan Pembaca telah menyerbu Perpustakaan Nilam disebabkan pada hari esok akan diadakan aktiviti membaca dan bercerita dalam kumpulan Rakan Pembaca yang dianjurkan oleh Penyelaras Nilam, Cg. Azura Mokhtar.

5 April 2009 (Ahad) – Kerja-kerja penyusunan pss masih dijalankan. Petang ini akan diadakan kerja susun atur pss oleh pengawas pss. Wajah pss nampak baru

4 April 2009 (Sabtu)-

Guru Perpustakaan dan Media memberi kursus Pengenalan Eduwebtv selama 30 minit kepada guru-guru SMKTLS dalam siri kursus LADAP kali 1/ 2009 di Dewan Mutiara Budi.

1 April 2009 – Suasana di Perpustakaan Nilam masih tidak teratur kerana kerja-kerja pengecatan masih lagi dijalankan. Susun atur perabut dan buku-buku masih tidak teratur. Penggunaan perpustakaan kurang menggalakkan pada hari ini.

2 Respons

  1. Salam, saya telah mengikuti web cikgu…tahniah.

  2. ..banyak maklumat dan pautan yang berguna…syabas diucapakn

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: